Kemas Kini Laman 24.04!
Diterbitkan pada 19-04-2024
Kali terakhir disunting pada 02-02-2025
Bilangan perkataan: 549
Tag:
updates, crap
_|_| _| _| _| _| _|
_| _| _| _| _| _| _| _|
_| _|_|_|_| _| _| _|_|_|_|
_| _| _| _| _|
_|_|_|_| _| _| _| _|
_| _| _| _|
_| _| _|_|_| _|_|_| _|_|_| _|_|_|_| _|_|
_| _| _| _| _| _| _| _| _| _|_|_|_|
_| _| _| _| _| _| _| _| _| _|
_|_| _|_|_| _|_|_| _|_|_| _|_| _|_|_|
_|
_|
Assalamualaikum dan hai sekali lagi!
Pertama sekali, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung-pengunjung Muslim (walaupun sudah lepas beberapa hari lalu)!
Seperti yang dapat dilihat, aku panggil kemas kini ini sebagai Kemas Kini 24.04. Mengapa?
- Aku lemah dalam memberi nama.
- Aku ambil inspirasi daripada skema penomboran versi keluaran Ubuntu (YY.MM)
- Ubuntu 24.04 LTS sepatutnya dikeluarkan bulan ini. Aku boleh pilih untuk terbitkan kemas kini ini pada bulan Mac. Namun, aku teringat akan keluaran LTS terbaharu ini yang akan datang. Jadi, mengapa tidak terbitkan dalam bulan ini? :)
(Alasan untuk rasa malas semata-mata)
Apa-apa pun, mari kita lihat beberapa perubahan yang sudah dibuat (dan perancangan masa hadapan) bagi laman web ini!
Perubahan
-> Susunan Grid pada Halaman Utama
Seperti yang dapat dilihat pada halaman utama (jika menggunakan skrin dengan lebar resolusi lebih daripada 500p), ringkasan bagi beberapa bahagian (blog dan direktori web buat masa ini) dalam susunan grid dua lajur, diinspirasikan daripada laman web indie yang pernah aku kunjungi. Namun, bagi skrin dengan lebar kurang daripada yang dinyatakan (terutamanya skrin peranti mudah alih), item-item tersebut akan disusun dalam satu timbunan. Bayangkan betapa buruknya halaman utama kalau aku tidak laksanakan pengesanan resolusi skrin.
-> Direktori Web
Mengambil inspirasi daripada laman web indie (lagi) dan Jaringan Sejagat pada zaman 90-an, aku membuat keputusan untuk menghasilkan bahagian ini untuk meletakkan pautan bagi apa-apa laman web atau hantaran blog menarik yang dijumpai atas talian. Dan, sudah semestinya kebanyakan pautan yang diletakkan berkait dengan tema utama laman ini.
-> Lokalisasi Bahasa Melayu (Hampir) Baku
Kurangkan penggunaan bahasa pasar, lebihkan penggunaan bahasa baku. Namun, aku mungkin akan masih menggunakan sedikit slanga dengan campuran sedikit bahasa Inggeris.
Serabut jugak nak tulis blog post dalam baku untuk personal website suka-suka ni. Jadi, aku tak buatlah yang ni lepas-lepas ni. Ambe pun ade la nak campur skit Ganu sini >:).
Jadi, itu sahaja perubahan yang jelas yang sudah selesai setakat ini :P. Oleh kerana aku tidak mahu melaksanakan perubahan yang drastik, aku membuat keputusan untuk melaksanakannya secara perlahan. Perubahan yang dirancang untuk masa hadapan disenaraikan di bawah (tiada jadual ketat untuk perubahan ini, jadi jangan jangkakan rancangan-rancangan ini akan dilaksanakan secara konsisten).
Perancangan Masa Hadapan
-> Kandungan SEBENAR
Sudah semestinya ini adalah bahagian yang penting bagi sesebuah blog. Memandangkan 29/02/2024 sudah lepas, aku mempunyai masa yang banyak untuk menulis artikel. Cabaran-cabaran untuk melaksanakan ini buat masa sekarang hanyalah kemalasan atau ketiadaan idea.
-> Bahagian Komen (melalui Webmention)
Sebuah komponen penting bagi mengadakan perdebatan Internet yang mengarut dan sia-sia perbincangan beretika dalam sesebuah laman web. Pelaksanaan rancangan ini mungkin mengambil masa yang lama kerana aku lebih suka laman web ini bebas daripada JavaScript. Namun, pendirian ini mungkin akan berubah.
-> Bahagian Video
Sebuah bahagian yang dikhaskan untuk meletakkan pautan ke video-video yang aku hasilkan di Youtube dan Odysee. Memerlukan konten sebenar yang dihasilkan dan dimuat naik ke kedua-dua platform.
-> Penandaan Artikel
Tidak sepatutnya dilupakan!
Itu sahaja untuk setakat ini!
Ditulis oleh Neo64