neo64

en my

Pengalaman dengan GSI

Akhirnya, ada jugok post hok betul-betul!

Sebagai orang yang jenis suka main-main dengan macam-macam benda, termasuk telefon, aku suka rooting dan custom ROM. Aku ingat lagi macam mana aku mula minat benda ni dengan “guane nok upgrade tepon ni jadi Android 7?”, yang merupakan sebuah Samsung Galaxy Note II (GT-N7100) dengan Android Kitkat. Oh, ni jugak la titik mula aku dengan Linux (secara tak langsung). Rasanya memang takde la artikel ni kalau aku takde soalan ni dalam kepala dulu XD.

Berganjak ke tahun 2021, aku beli sebuah Samsung Galaxy A22 5G (SM-A226B), yang aku masih guna masa menulis artikel ni. Masa tu, aku dah terjebak sikit dengan bab-bab online privacy, jadi ada la aku cuba untuk deGoogle dan deSamsung telefon ni. Masa ni la aku tersedar aku dah buat silap pilih telefon ni. Telefon ni guna cip MediaTek, bukannya Snapdragon atau Exynos. Atas sebab MediaTek tak bagi source untuk kernel untuk cip-cip diorang, susah untuk developer nak port custom ROM untuk device dengan cip MediaTek. Atas sebab telefon ni berjenama Samsung jugak, makin susah nak buat kerja porting. Dalam kepala aku, memang Xiaomi dengan cip Snapdragon la aku beli lepas ni…

Balik ke topik, walaupun tak ada custom ROM yang dah optimized untuk telefon ni, ada satu lagi cara untuk guna custom ROM kat telefon ni dan mana-mana device yang ada masalah sama. Dengan adanya Project Treble yang dah wujud sejak Android Oreo dan jasa-jasa contributor projek TrebleDroid yang tak terkira, sekurang-kurangnya kita boleh cuba untuk run fork AOSP (AOSP asli pun boleh) kat device macam ni dengan Generic System Image, atau pendeknya, GSI. Memang dah jelas-jelas tak sempurna atas sebab tak optimized untuk semua device Android dengan ada “generic” dalam nama, tapi dah kira OK lah ada pilihan untuk guna custom ROM.

Ringkasan macam mana Project Treble berfungsi

Sekarang, sampai kat bahagian dalam tajuk. Setakat ni, selama dua tahun guna dua GSI sebagai daily driver, crDroid 9 dan LineageOS 20 (dua-dua Android 13), aku boleh la kat boleh guna dan daily drivable kat telefon aku. Semua benda berfungsi out of the box lepas install kecuali SMS, 5G, VoLTE dan MTP. Walau macam manapun, senang je nak baiki fungsi-fungsi ni (SMS dan 5G) dengan pertologan komuniti dalam forum A22 5G kat XDA. Sampai situ apa yang aku nak kat pasal usability GSI.

Dari segi performance pulak, sakit kepala sikit. Macam aku kata kat atas, GSI tak optimized, jadi memang tak pelik ada isu performance. Yang paling jelas bagi aku, GSI lagi kuat makan bateri kalau nak dibandingkan dengan OneUI Core yang stock. Kena cas banyak kali telefon ni atas sebab ni. Selain tu, kadang-kadang ada rasa sluggish (tapi OneUI pun macam ni jugak).

Untuk “pengalaman” tu pulak, semestinya GSI rasa lagi ringan dibandingkan dengan OneUI sebab kurang bloat, macam yang biasanya kita expect daripada custom ROM. Selain tu, GSI lagi customizable daripada OneUI, tanpa perlua install theme daripada Galaxy Store. Walaupun customizability lain-lain untuk setiap variant GSI, diwarisi daripada projek utama masing-masing, ada persamaan untuk beberapa option customization (termasuk font, bentuk ikon dan pek ikon) yang jugak wujud dalam variant AOSP asli, untuk GSI bawah TrebleDroid.

Jadi, sampai sini je la betul-betul post yang pertama. Mula dengan yang ni, aku harap boleh la aku guna lagi banyak masa untuk tulis lagi banyak artikel yang lagi panjang tahun ni. Bagitahu la ye pendapat pasal artikel ni dan nak baca apa lain kali. :D

Ditulis oleh Neo64

[✉ Balas melalui email]
<- Kembali ke indeks

[Neo64 On The Web] [CC BY-SA 4.0]